Popular Posts

3 Dec 2012

Program STEP beri kefahaman tentang kepentingan tarbiyah di kalangan mahasiswa

 


SRI ISKANDAR, 24 November – Seramai 7 orang mahasiswa Universiti Teknologi PETRONAS telah menyertai Program “Melangkah ke Arah Insan yang Cemerlang” (Step Towards Excellent Person – STEP) yang dianjurkan oleh ISMA Sri Iskandar di bawah Biro Pengkaderan bagi memberi kefahaman tentang kepentingan tarbiyah di kalangan mahasiswa.
Program yang diadakan di rumah En Alif Amin, Taman Universiti Sri Iskandar telah mendapat respon yang positif di kalangan para peserta.
Para peserta telah dibentangkan dengan empat penyampaian yang berkisarkan mengenai jatuh bangunnya tamadun Islam (Adakah Kau Lupa), MSIB (Melayu Sepakat Islam Berdaulat), tuntutan syahadah dan akhir sekali kepentingan tarbiyah daripada Saudara Naqib (Pengerusi PEMBINA UniKL-RCMP), Saudara Khairul Amin (Ketua Pengkaderan ISMA Sri Iskandar), Saudara Jaafar (Setiausaha ISMA Sri Iskandar) dan Prof. Halim (Biro Tarbiyah ISMA Sri Iskandar).
“Sejarah adalah sunnatullah, yang mungkin berulang. Jika kita gagal memahami sunnatullah ini dan menggunakannya untuk Islam, sukar untuk tamadun Islam hari ini kembali bangkit sebagaimana yang telah dikecapi pada ratusan tahun dahulu” jelas En Naqib dalam pembentangannya tentang Adakah Kau Lupa yang berkisarkan tentang sejarah jatuh bangun umat Islam daripada zaman Rasalullah s.a.w sehinggalah zaman ini.
ISMA Sri Iskandar sangat komited dalam menjayakan usaha-usaha memperkukuhkan tarbiyah di kalangan masyarakat dan belia khususnya agar kita dalam membangunkan satu ummat yang kuat dan mempunyai agenda sendiri.