Kelab Remaja ISMA
Tentang KRIM
Latar Belakang
Remaja adalah aset penting negara kerana merekalah yang akan
mencorakkan jatuh bangunnya tamadun bangsa ini di masa hadapan. Mereka
adalah ibarat biji benih yang ditanam, perlu dibela, dibaja dan
dilindungi dari sebarang kerosakan agar pepohon yang bakal hidup
melahirkan buah-buahan yang masak ranum dan hasil yang lumayan.
KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (KRIM) tampil di tengah-tengah
masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan ini. KRIM menawarkan
pakej pembangunan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, jasadi,
rohani, emosi dan kemahiran. Hasil yang ingin dilahirkan ialah perubahan
sikap motivasi, iltizam dan jatidiri dalam diri remaja itu sendiri
Rasional
KRIM membuka ruang seluas-luasnya kepada remaja
untuk melibatkan diri dalam sebuah kelab yang mampu memandu, menggilap
dan mengembangkan segala aspek potensi dan bakat yang ada di dalam diri
mereka.
Penglibatan sepenuhnya dalam KRIM mampu menghindarkan para remaja
daripada sikap membuang masa dan seterusnya terjebak dengan segala
permasalahan sosial.
Ini memenuhi aspirasi ibu bapa dan masyarakat yang mahu melihat
pembentukan sebuah generasi remaja yang cemerlang, berpegang teguh
kepada nilai-nilai agama, hidup berteraskan ilmu dan mampu berdikari.
Visi
Menjadikan Kelab Remaja ISMA (KRIM) sebagai pusat pembangunan potensi remaja yang dikenali dan diyakini masyarakat.
Misi
Melahirkan generasi remaja yang mempunyai nilai-nilai motivasi,
iltizam dan jatidiri unggul melalui aktiviti-aktiviti pembangunan insan
yang syumul.
Objektif
- Memberikan kefahaman islam yang syumul dan rasa tanggungjawab tinggi kepada Tuhan, diri, keluarga, masyarakat dan negara.
- Menerapkan nilai-nilai motivasi dalam diri, sikap cintakan ilmu dan penguasaan kemahiran hidup.
- Membina iltizam untuk beramal dengan tuntutan agama, berakhlak mulia dan berbakti kepada bangsa.
- Membangun jatidiri dengan keperibadian yang tinggi, memiliki ciri-ciri kepimpinan dan berwawasan.
- Memupuk nilai persaudaraan islam dan kerjasama di kalangan remaja.
- Melahirkan remaja yang sihat tubuh badan, cerdas minda dan tahan lasak.
Program KRIM terbahagi kepada 5 bahagian utama:
- Program Pembangunan Sahsiah
- Program Latihan Kemahiran
- Program Peningkatan Akademik
- Program Pembangunan Sukan/Outdoor
- Program Pembangunan Kerjaya






- Program Seminar Kerjaya
- Karnival Sukan Remaja Muslim
- Program Lepasan SPM; anjuran bersama PEMBINA
- Program Pengukuhan Solat
- Jambori Remaja Muslim (JIRIM)
- Seminar Jati Diri
- Ceramah Motivasi Sekolah
Lagu Krim
Sila ikuti sebarang notis dan update daripada kami melalui laman ini
No comments:
Post a Comment