SRI ISKANDAR, 24 November –
Seramai 7 orang mahasiswa Universiti Teknologi PETRONAS telah menyertai Program
“Melangkah ke Arah Insan yang Cemerlang” (Step Towards Excellent Person – STEP)
yang dianjurkan oleh ISMA Sri Iskandar di bawah Biro Pengkaderan bagi memberi
kefahaman tentang kepentingan tarbiyah di kalangan mahasiswa.
Program yang
diadakan di rumah En Alif Amin, Taman Universiti Sri Iskandar telah mendapat
respon yang positif di kalangan para peserta.
Para peserta
telah dibentangkan dengan empat penyampaian yang berkisarkan mengenai jatuh
bangunnya tamadun Islam (Adakah Kau Lupa), MSIB (Melayu Sepakat Islam
Berdaulat), tuntutan syahadah dan akhir sekali kepentingan tarbiyah daripada Saudara
Naqib (Pengerusi PEMBINA UniKL-RCMP), Saudara Khairul Amin (Ketua Pengkaderan
ISMA Sri Iskandar), Saudara Jaafar (Setiausaha ISMA Sri Iskandar) dan Prof.
Halim (Biro Tarbiyah ISMA Sri Iskandar).
“Sejarah
adalah sunnatullah, yang mungkin berulang. Jika kita gagal memahami sunnatullah
ini dan menggunakannya untuk Islam, sukar untuk tamadun Islam hari ini kembali
bangkit sebagaimana yang telah dikecapi pada ratusan tahun dahulu” jelas En
Naqib dalam pembentangannya tentang Adakah Kau Lupa yang berkisarkan tentang
sejarah jatuh bangun umat Islam daripada zaman Rasalullah s.a.w sehinggalah
zaman ini.
ISMA
Sri Iskandar sangat komited dalam menjayakan usaha-usaha memperkukuhkan
tarbiyah di kalangan masyarakat dan belia khususnya agar kita dalam
membangunkan satu ummat yang kuat dan mempunyai agenda sendiri.
No comments:
Post a Comment