Popular Posts

29 Oct 2012

STEP Siri 2


Biro Pengkaderan ISMA Perak akan mengadakan Program STEP Siri 2.
Dijemput semua Naqib dan Naqibah untuk mendaftarkan anak Usrah dan rakan-rakan yang berminat untuk menyertai seminar Step ini.

Tarikh : 3 Nov 2012
Tempat : Akademi Ikatan Muslimin (AIM) , Ipoh.
Masa : 8 pagi - 9 malam.


Untuk pendaftaran, sila hubungi 
saudara Muslim di talian 019- 288 9685

Jadikan sistem ekonomi Malaysia sepenuhnya ikut Islam


YARMOUK – Pengerusi Majlis Ulama’ ISMA (MUIS), Ustaz Dr. Aznan Hasan menegaskan bahawa matlamat kita adalah untuk menjadikan sistem ekonomi Malaysia sepenuhnya mengikut Islam, bukan lagi sebagai alternatif.
“Kita mahu menjadikan sistem ekonomi Malaysia seratus peratus mengikut syariat Islam, bukan lagi perbankan Islam hanya sebagai alternatif, tetapi untuk ke arah itu kita kena bergerak dengan bentuk dan cara yang betul,” tegasnya.
Ustaz Dr. Aznan berkata demikian semasa membentangkan tajuk Cabaran Memartabatkan Ekonomi Berlandaskan Syariat dalam Wacana Ummah baru-baru ini.

Wacana Ummah tersebut dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Jordan khas buat mahasiswa Jordan dalam usaha untuk memahami realiti semasa perkembangan ekonomi Islam di Malaysia.
Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Education Malaysia Jordan (EMJ), Prof. Dr. Mohd Azidan Abdul Jabar.

Dalam ucapannya beliau amat mengalu-alukan program seperti ini demi membentuk graduan yang lebih terbuka dan berkualiti.

“Bagi pihak Education Malaysia Jordan, saya amat mengalu-alukan kedatangan Dr. Aznan dan kita juga mengalu-alukan sesi-sesi seumpama ini pada masa akan datang supaya pemikiran dan minda para pelajar Malaysia di Jordan ini lebih terbuka dan dapat menghasilkan graduan yang lebih berkualiti pada masa akan datang.”

Wacana ini telah berlangsung di Dewan Tarbiyyah, Universiti Yarmouk dengan kehadiran melebihi 200 orang peserta.

Ustaz Dr. Aznan yang juga merupakan Presiden Association of Shariah Advisors in Islamic Finance (ASAS) telah menyeru mereka yang ingin menjadi pakar dalam bidang ekonomi Islam agar menguatkan diri dengan ilmu usul fiqh.

24 Oct 2012

Rehlah Belia ISMA Sri Iskandar Membina kekuatan fizikal dan ukhwah




Teluk Batik, 21 Oktober 2012 satu program rehlah telah dianjurkan oleh Belia ISMA Sri Iskandar dengan kerjasama Pembina UTP dan Pusat Islam As-Solihin UNIKL MIMET dengan jumlah peserta seramai 20 orang. 

Program rehlah ini telah berjaya merapatkan ukhwah sesama peserta dan memupuk semangat untuk menjadi pemuda yang kuat dan sihat. Program ini bermula seawal jam 9 pagi dengan dimulai sesi taaruf kemudian disusuli permainan bola pantai dan bola air. 

Pada slot terakhir pula, para peserta dihidangkan dengan pengisian rohani oleh ketua Biro Pengkaderan ISMA Sri Iskandar merangkap Pensyarah UNIKL MIMET iaitu En. Muhd Abdul Mun'aim. Pengisian yang bertajuk "Pemuda Islam yang Kuat" memberi mesej yang jelas kepada para peserta agar menjadi pemuda islam yang bukan sahaja kuat daripada segi fizikal, bahkan islam menuntut agar kuat dari segi pemikiran, jiwa jatidiri dan pandai berdikari dalam mengharungi kehidupan yang penuh mencabar.

Rata-rata peserta gembira dan berharap agar program seumpama ini akan dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan.



22 Oct 2012

Sepakat atas prinsip yang menjaga Islam dan Melayu


BANGI – Timbalan Presiden ISMA, Tuan Haji Aminuddin Yahaya menyeru para pemimpin politik Melayu Islam agar mengenal pasti prinsip-prinsip yang melibatkan kedaulatan agama Islam dan kedudukan bangsa Melayu.
Menurut beliau, dengan mengenal pasti prinsip-prinsip tersebut, barulah para pimpinan Melayu dapat bersepakat atas dasar prinsip sekalipun tidak dapat bersatu secara fizikal.
“Kita nak pimpinan Melayu sama ada dari BN ataupun PR, mengenal pasti perkara-perkara prinsip untuk mereka bersatu.
“Contohnya seperti isu Kristianisasi yang melibatkan akidah, perkara melibatkan kepentingan raja-raja, melibatkan kepentingan pendidikan agama, melibatkan budaya orang Islam dan orang Melayu, melibatkan kepentingan-kepentingan Bumiputera dan orang Melayu, ini yang harus disepakati.”
Tuan Haji Aminuddin berkata demikian semasa ditemui wartawan TV ISMA selepas menyampaikan ucapan di Majlis Perhimpunan Am ISMA Daerah Hulu Langat di UKM baru-baru ini.
Tambah beliau, sekiranya prinsip-prinsip itu tidak disepakati, keadaan ini akan memberi ruang kepada pihak musuh untuk mengancam kedudukan Islam dan orang Melayu.
“Kalau kita tidak bersepakat dalam isu prinsip ini, maka peluang orang luar untuk memporak perandakan ataupun meleraikan perkara-perkara prinsip ini akan terbuka luas,” jelasnya.

ISMA = Ikatan Muslimin Malaysia