BANGI –
Timbalan Presiden ISMA, Tuan Haji Aminuddin Yahaya menyeru para
pemimpin politik Melayu Islam agar mengenal pasti prinsip-prinsip yang
melibatkan kedaulatan agama Islam dan kedudukan bangsa Melayu.
Menurut beliau, dengan mengenal pasti
prinsip-prinsip tersebut, barulah para pimpinan Melayu dapat bersepakat
atas dasar prinsip sekalipun tidak dapat bersatu secara fizikal.
“Kita nak pimpinan Melayu sama ada dari BN ataupun PR, mengenal pasti perkara-perkara prinsip untuk mereka bersatu.
“Contohnya seperti isu Kristianisasi
yang melibatkan akidah, perkara melibatkan kepentingan raja-raja,
melibatkan kepentingan pendidikan agama, melibatkan budaya orang Islam
dan orang Melayu, melibatkan kepentingan-kepentingan Bumiputera dan
orang Melayu, ini yang harus disepakati.”
Tuan Haji Aminuddin berkata demikian
semasa ditemui wartawan TV ISMA selepas menyampaikan ucapan di Majlis
Perhimpunan Am ISMA Daerah Hulu Langat di UKM baru-baru ini.
Tambah beliau, sekiranya prinsip-prinsip
itu tidak disepakati, keadaan ini akan memberi ruang kepada pihak musuh
untuk mengancam kedudukan Islam dan orang Melayu.
“Kalau kita tidak bersepakat dalam isu
prinsip ini, maka peluang orang luar untuk memporak perandakan ataupun
meleraikan perkara-perkara prinsip ini akan terbuka luas,” jelasnya.
No comments:
Post a Comment